Tampak intim dan mesra ketika ‘shooting’, Zul Ariffin dan Elizabeth Tan sedang hangat bercinta?

Pelakon popular Zul Ariffin telah mencetuskan kontroversi berhubung isu gambar lucah yang telah tersebar di media sosial baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, beliau menafikan bahawa gambar-gambar yang dimuatkan dalam Instagram Storiesnya telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Baru-baru ini, pelakon berbadan sasa itu dikatakan sedang hangat bercinta dengan penyanyi terkenal dengan lagu Knock Knock, Elizabeth Tan.

 

Mereka kini sedang menjalani shooting sebuah drama iaitu Misteri Dahlia yang akan disiarkan di televisyen tidak lama lagi.

Beberapa video sweet mereka telah tersebar merentasi media sosial melihatkan kemesraan kedua-duanya ketika di set penggambaran Misteri Dahlia.

Walau bagaimanapun, bagi Zul sendiri dia dan Lizzy adalah kawan biasa dan mula berkenalan ketika penggambaran Misteri Dahlia.

Zul juga menambah bahawa dia selesa berkawan dengan Lizzy kerana dia seorang yang happy go lucky dan mudah mesra dengan orang ramai.