Siapa Sangka Rupanya Haris Idraki Elias Suami Shila Amzah Bukan Calang – calang Orang! Ini Biodata Beliau..

Rupa-rupanya Haris Idraki Elias Suami Shila Amzah Bukan Calang-calang orang..Ini Biodata Beliau Pasti buat Korang Terkejut Besar

Tahniah buat penyanyi Shila Amzah kerana telah sah bergelar isteri kepada Haris Idraki Elias dengan sekali lafaz, kira- kira jam 6.25 2 hari lepas.

Melalui gambar yang dimuatnaik, rata -rata peminat penyanyi ini memuji keayuan pengantin di hari yang cukup istimewa dan bermakna ini. Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Fara Fauzana, Jihan Muse dan juga Zara Zya.

Menurut Shila dia masih belum menetapkan sebarang tarikh resepsi lagi dan akan berkongsikan nya kelak. Sebelum ini, Shila dan Haris Idraki telah selamat bertunang pada November lalu di kediaman keluarga nya.

Suami Shila, Haris bekerja dalam sektor kewangan di kota London dan dia juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015. Apa pun, semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal hingga ke Jannah.

Berkongsi tentang rancangan majlis pertunangan yang berlangsung pada 3 November yang lalu, menurut Shila ia dirancang dalam masa yang sangat terhad kerana faktor jarak yang memisahkan antara kedua -dua keluarga.

“Dari segi perancangan sebenarnya Haris melamar Sha pada penghujung bulan Julai kerana kami tinggal di dua buah negara berbeza. Kedua -dua ibu bapa kami berbincang dan berhubung menggunakan Skype. Setelah perbincangan mendapat kata sepakat, ibu bapa kami mengambil keputusan untuk tunangkan kami berdua pada November.

“Sha dan Haris mula bercinta sejak bulan Ogos selepas kedua belah keluarga merestui keputusan kami untuk berkahwin. Persiapan majlis pertunangan kami Alhamdulillah banyak dipermudah kan Allah. Kami bertemu dengan mereka yang sangat berbakat dalam hal-hal merancang dan menguruskan majlis pertunangan atau per kahwinan.

“Sha pula sering sibuk dengan urusan kerja, jadi persiapan majlis banyak dibantu dan diurus kan oleh teman dan juga pembantu peribadi Sha, Aini. Alhamdulillah kini semuanya telah selesai dengan lancar dan Sha sangat berpuas hati dengan hasil kerja semua pihak yang terlibat.”

Ditanya bagaimana Shila bersetuju ketika sang jejaka melamar dirinya, ini jawapan nya.
“Pada hari dilamar oleh Haris, Sha cuma bagi jawapan ” If my parents agreed dan bagi kita blessing, It’s a YES”.

Tambah nya lagi, ibunya Fauziah Sarman merupakan orang pertama yang tahu akan hasrat hati Haris yang ingin melamar nya setelah dimaklumkan sendiri oleh mama Haris.

“Sha dan mak sangat rapat. Kalau nak tahu mak adalah orang pertama yang tahu hasrat hati Haris bila Mama Haris sendiri merisik pada mak Sha dan menyatakan hasrat untuk melamar Sha.

“Tapi ketika itu kami langsung tak berhubung antara satu sama lain. Kebetulan pula mama Haris dan & mak Sha berkawan rapat dah lama. Jadi mak ketika itu menghormati dan menerima hajat mama Haris dengan hati terbuka.

Jelas Shila lagi, kedua-dua keluarga memang telah lama menjalin kan hubungan persahabatan walau pun tinggal di dua benua yang berbeza.

“Keluarga kami memang telah lama saling mengenali. Dahulu adik Haris, Haziq Zikri pernah bermain dalam pasukan Harimau Muda dan Zikri tinggal jauh dari keluarga.

Jejaka yang menjadi pilihan shila amzah bernama haris idraki elias yang berusia 28tahun yang bekerja dalam sektor kew angan di kota london

Beliau juga pernah bekerja sebagai wartwan di the star pada tahun 2015

sumber : http://jomshare.net