Selamba Sindir Perdana Menteri Najib Razak, Fathia Latiff Dikecam

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Kini kejadian banjir teruk sedang melanda negeri Pulau Pinang.

Memang sedih melihat keadaan Pulau Pinang yang ditelenggami air dan juga ada nyawa yang melayang.

Tatkala banjir sedang melanda negeri utara itu, ianya juga memberi kesan kepada pelakon Fathia Latiff.

Fathia dilihat telah menyindir Perdana Menteri dan bertanya dimanakah PM Najib berada, adakah dia sudah melawat Pulau Pinang.

Fathia Latiff turut terkesan menyatakan pandangannya melalui tweet yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini tweet Fathia Latiff:

Tulisan Fathia Latiff itu telah menimbulkan reaksi bercampur baur di kalangan warga laman netizen.

Apatah lagi tweet yang ditulis Fathia Latiff itu melibatkan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak sendiri.

Selain turut dikecam kerana cuba meraih perhatian, Fathia Latiff juga dkritik kerana menulis ‘President’ bukannya ‘Prime Minister’.

Fathia kemudian telah mengedit semula tweet itu dengan menukar President kepada Prime Minister.

Selain itu, Fathia dilihat tenang menjawab segala tohmahan yang dilempar kepadanya. Betul-betul kuat nampaknya Fathia berhadapan situasi tersebut selepas isu video kotroversi baru-baru ini.

Apa pun yang dilakukan pelakon ini, harapnya Fathia bijak mengawal situasi dan tidak mengulangi perkara yang mampu membuatkan namanya kembali tercalar.

Ini antara komen komen yang ditulis rentetan tweet sindir PM Malaysia itu:

 

“Ini Nyawa Lah Barua…Pergi Mamp**lah!” – Sharnaaz Mengamuk Lagi! Bukan calang calang kes diaa ni..

 

Menulis di Instagramnya, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil menyelar pihak-pihak tertentu yang didakwanya cuba mempolitikkan isu banjir di Pulau Pinang.

Menurut Sharnaaz, bantuan sepatutnya dihulurkan kepada mangsa banjir dengan penuh iklhas dan bukan bertujuan untuk memancing undi.

Sharnaaz turut menulis bahawa pihak-pihak tersebut boleh pergi mampos.

“Kepada si bangang yang nak menjual politik dalam isu di Pulau Pinang nak dapat undi sila pegi mampos lah,” tulisnya dalam nada seakan marah.

Memperjelaskan kemarahannya itu lagi, Sharnaaz berkata Pulau Pinang dalam keadaan terdesak tak sepatutnya pihak tertentu mempunyai niat lain ketika menghulurkan bantuan.

“Kalau nak tolong tak perlu sambil menyelam nak raih undi.. Penang dah sesak lagi nak pancing undi!! Bodoh punya manusia. Aku tak kisah BN atau PAS atau PKR atau DAP. Aku tak minat politik, tapi INI NYAWA LAH BARUAAAAA !!!!,” tulisnya lagi.

“DITUJUKAN KEPADA LAKHANAT PUNYA POLITIK.. MAYAT SANGKUT KAT PINTU STADIUM AMPA LAKHANAT SEMUA BOLEH CAKAP PASAI NAK JUAI UNDI?? Betoi betoi BARUAAAA LAH !!!,” tulisnya mengakhiri post berkenaan.

Meskipun tidak memetik mana-mana pihak secara jelas tetapi ramai percaya ia ditujukan kepada stesen tv tertentu berdasarkan reaksi pengikut-pengikutnya di ruangan komen. Ini kerana Sharnaaz turut berkongsikan satu gambar yang dipercayai dipetik dari rakaman berita stesen tv tertentu yang telah dipadamkan logonya.

Berasal dari Georgetown, Pulau Pinang, pelakon filem Juvana itu turut menyatakan rasa sedih atas bencana terburuk pernah melanda negeri kelahirannya itu.

Terdahulu, menerusi status Instagram, Sharnaaz yang juga popular menerusi drama Awak Sangat Nakal, menitipkan doa agar Pulau Pinang selamat mengharungi bah.

“Doa untuk Penang, tanah tumpah darahku. Aku sayang Penang lebih dari nyawa aku. Ya Allah selamatkanlah Pulau Pinang,” katanya.

Sumber :  amenoworld


Lagi Heboh

Loading...