Sambal Udang Petai

BAHAN-BAHANNYA

20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan

4 papan petai, ambil isinya.

1 biji bawang besar, hiris kasar

1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)

3/4 cawan cili kisar

Garam dan gula secukup rasa

sedikit sos tiram

BAHAN KISAR HALUS

1 biji bawang besar

2 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci belacan

Cara2:
1- tumis bahan kisar halus smpai naik bau

2- masukkan cili kering yang dah dikisar & air asam jawa

3- masukkan bawang besar yang dihiris-tunggu sampai layu sikit

4- then letak garam, gula, sos tiram & Meggi secukup rasa….

5- masukkan petai – biakan sekejap untuk rasa & bau petai masuk dalam sambal tapi jangan lama sangat nanti petai da tak rangup

6- masukkan udang. bila udang masak, angkat dan hidang bersama nasi panas.. Sedap!