Resepi Puding Karamel

Bahan bahannya:

● 6-8 biji telur

● 1 tin susu pekat manis – kurangkan jika tak suka manis

● 1 tin susu cair

● 1 tin air

● 8-10 sudu besar gula pasir – untuk gula hangus

● Sedikit vanilla extract

Cara-caranya :

1. Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Apabila cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk kecil. Ketepikan.

2. Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati.

3. Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Jika mahu tekstur yang cantik dan tak berlubang, jangan dikacau adunan hingga berbuih kemudian ditapis sebelum dituang dalam mangkuk dan dikukus.

4. Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk yg sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka, boleh dihidangkan dengan ditabur fruit coktail di atasnya.