Resepi ayam masak butter berkuah.

BAHAN-BAHAN: (untuk 4-5 orang makan)

500gm chicken fillet/chicken keel

6biji cili padi (ikut tahap pedas, dipotong)

3ulas bawang putih (dihiris)

1biji bawang Holland (dihiris)

2pelepah daun kari

3sudu besar salted butter

1cawan tepung gandum

1sudu besar serbuk kari

2sudu kecil garam atau kurang

2keping cheddar

1tin susu cari Carnation

sedikit air untuk gaul tepung & ayam

CARA-CARA:

1) Potong isi ayam menjadi dadu, kesemuanya.

2) Satukan potongan ayam tadi bersama tepung, garam, serbuk kari dan air. sukatan air adalah bebas, asalkan boleh salut ayam. penting untuk letak garam. jangan terlalu banyak, nanti mashinnn. tak sedap.

3) Goreng ayam yang disalut dengan tepung tadi sehingga ayam masak, tapi jangan sangat garing. kalau garing, nanti jadi liat. dan toskan.

4) Selesai hal goreng ayam. sekarang, tumis bawang Holland, bawang putih, daun kari, dan cili padi menggunakan BUTTER. tumis hingga bawang Holland nampak hidup segan mati taknak. layu je.

5) Tuang susu cair Carnation dan kacau dalam seminit

6) Masukkan kepingan Cheddar, dan kacau hingga cheddar tadi cair 100%. biar sebati dengan bahan-bahan tadi.

7) Masukkan gorengan ayam tadi. kesemuanya. dan teruskan kacau. api slow juga.

8) Siap!

Sumber resepi : yuyu zulaikha