Perli Lagi Perut Azad Besar, Tak Pasal-Pasal Dapat Rawatan Percuma! Lawak Habis!

Masalah perut buncit bukan lagi perkara luar biasa bagi masyarakat kita. Ramai sahaja penduduk di Malaysia yang mempunyai masalah ini.

Ada yang tidak kisah dengan perut buncit, ada juga yang merasa terganggu dengan kehadiran masalah perut. Lagipun, ada orang kata buncit tu menarik, hehe.

Siapa tak kenal lagi dengan pelakon, Azad Jazmin yang tidak pernah lekang dengan lawaknya. Baru-baru ini, sekali lagi Azad buat hal di khalayak ramai.

Menerusi Instagramnya, isterinya Eira Syazira ada memuat naik satu video dimana Azad berdiri dengan perut buncitnya.

Mengikut pemahaman KD, adik ipar Azad sering memerli perut buncit abang iparnya itu. Haa agak-agak korang apa Azad akan buat ye?

Untuk membalas dendam dan beri pengajaran kepada adik ipar yang mengutuk perut buncitnya, Azad yang lalu di belakang untuk pergi ke tandas senyap-senyap menghalakan perutnya dan memegang kepala adik ipar rapat ke perutnya.

Tak pasal-pasal melantun kepala dek kerana perut buncit Azad!

Aduhai, tak pernah mengecewakan lawak Azad ni kan? Perbuatan Azad itu tidak dilakukan sekali, tetapi 2 kali! Balik dari tandas pun sempat nak kenakan lagi. Haa makan lah perut buncit bang Azad tu dik, hehe.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan kelakuan Pak Azad yang sering menyakat dan membuat lawak dengan ahli keluarganya itu.

Sebagai isteri, Eira Syazira tidak pernah kering gusi dengan perlakuan suaminya yang gila-gila itu. Berdekah ketawa beb!Semoga perhubungan suami isteri yang erat dan harmoni ini kekal sampai bila-bila.

Sumber: IG Azadsyazirarose via kisahdunia