Masak LemaK Cili Api Nenas Ikan Masin

Bahan-bahannya

3 ekor ikan masin sepat- di potong 2 – ( guna ikan masin kurau lagi sedap)

1/4 biji nenas – dipotong nipis

1 batang serai – dibelah dua ataupun dititik

6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)

1 cawan santan+1 cawan air

1 keping asam gelugor

sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk

garam

Caranya

1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga hancur, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan nenas dan asam gelugor, setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin sepat, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam.

3. Masak sehinga kuah pecah minyak dan tutup api, sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Nota: Kalau nak tukar ikan masin dan nenas tu pada ayam dan nangka muda pun boleh, cara masak nye same je, kalau kat rumah ros di nogori tu, kami panggil masak lomak cili padi ni gulai.