Kenali Siapa Jannah dalam drama Mr Grey? Instafamous ini sering kongsi video ‘tutorial’ make-up di IG

Memegang watak sampingan sebagai Jannah menerusi drama Mr Grey yang kini ditayangkan di Astro Mega Drama, Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen tidak menyangka apabila disapa oleh syarikat pengurusan artis Prokuya Studios untuk mengurus kerjayanya sekali gus menjadi artis mereka.

Beliau merupakan seorang Instafamous yang sering berkongsi video tutorial makeup, telah mendapat ribuan tontonan dan rata-rata pengikutnya telah memberi respon yang positif terhadap videonya itu.

Scha yang berusia 19 tahun mengakui bahawa langkah pertama bergelar seorang pelakon, merupakan satu perkara yang sukar kerana perlu bijak membahagikan masa dengan baik.

Beliau juga mengharapkan kehadiran beliau dalam industri hiburan diterima baik oleh peminat apabila namanya mula dikenali menerusi drama Mr.Grey.

Tampil dengan imej yang urban dan moden, Scha kini mempunyai lebih 100,000 orang pengikut di Instagram. Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini juga sering berkongsi gambar dan video di akaun media sosialnya itu.
Antara video tutorial make-up yang dimuat naik oleh Scha di Instagram.

Sumber : Scha