‘Ibu sumpah anak kau mati atau cacat!’ – Wanita mengamuk di majlis perkahwinan anak lelakinya

Seorang pengantin lelaki yang sepatutnya berkahwin dengan janda anak dua di sebuah restoran, terpaksa dibatalkan seketika kerana dipertikaikan oleh ibu dan keluarganya.

Aditya Bagus Febriyantono, 27, dari Jebres dan Ratri Listyorini, 30, dari Laweyan sepatutnya berkahwin pada jam 9 pagi ini, tetapi ibu bapa pengantin lelaki, Sumarso dan Endang datang untuk membantah perkahwinan mereka dan menuntut perkahwinan itu dibatalkan.

janda anak dua

“Dari awal kami tidak bersetuju, kenapa masih dilakukan? Ini tidak boleh terlaksana, ia tidak boleh terlaksana!, saya tidak mahu ya, tidak mahu.

Dari yang pertama tidak bersetuju ya, tidak bersetuju,” katanya.

Walau bagaimanapun, pasangan pengantin berkenaan tetap bertekad untuk meneruskan perkahwinan mereka.

Berikutan kekecohan itu, polis dipanggil ke tempat kejadian dan polis membuat keputusan supaya pasangan itu dengan keluarga kedua-dua pihak mengadakan rundingan di balai polis dan diselia oleh Ketua Polis Laweyan, Santoso dan Ketua Pejabat Agama Laweyan.

Perundingan itu bagaimanapun gagal dan pasangan pengantin tersebut menegaskan mahu meneruskan perkahwinan mereka lalu menyebabkan Endang berang lalu menyumpah pasangan itu.

“Sampai kamu nekad, ibu sumpahin kamu, dengar ya, jika nanti isterimu melahirkan, kalau tidak mati sama anakmu, ya anakmu nanti yang cacat kalau selamat.

“Dengar, ini sumpah ibumu yang melahirkanmu, yang membesarkanmu dan menyekolahkanmu,” kata Endang.

Difahamkan bahawa Endang menafikan perkahwinan anaknya kerana dia tidak berkenan Ratri menjadi menantunya.

janda andak 2

Aditya dan Ratri kemudian berkahwin di Balai Polis Laweyan, dan Ketua Polis Laweyan menjadi saksi perkahwinan itu.

Sementara itu, Endang mendakwa bahawa anaknya tidak pulang selepas perkahwinan dengan Ratri yang merupakan janda dua anak.