Fathia Latiff jawab isu video dia solat dalam kereta

Pelakon sensasi, Fathia Latiff menerangkan solat yang dilakukannya di dalam kereta ketika dia sedang dalam perjalanan ke pusat pameran fesyen PrimaValet di Hotel Majestic, Kuala Lumpur sebagai urusannya dengan Tuhan.

fathia 2

Bagaimanapun Fathia kemudian menjelaskan bahawa dia tidak menyedari sedang dirakam ketika mendirikan solat oleh temannya, seorang penggaya rambut yang terkenal.

Sedutan tersebut telah dimuat naik penggaya rambut itu menerusi Insta Stories nya, @ridzokumura.

Difahamkan bahawa masa solat sudah hampir berakhir dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan ke pameran fesyen PrimaValet di Hotel Majestic.

fathia 4

Tindakan Fathia mencetuskan perdebatan di kalangan netizen dan ada juga yang mengecam Fathia.

Mereka mempertikaikan bagaimana Fathia menentukan arah kiblat di dalam kereta bergerak selain mengenakan solekan tebal.

fathia

Disebalik kritikan yang diterima, masih ada pujian bagi Fathia yang tidak lupa untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan memang ada hukum yang mengatakan kita boleh melakukan sembahyang di dalam kereta jika dalam darurat atau terjebak dalam kesesakan lalu lintas.

Ada juga yang memberi pandangan, adalah baik jika pelakon tersebut berhenti di surau berdekatan untuk melaksanakan solat.