Dahla Cleaner Sambilan. Ada Hati Nak Komen Rumah Aku. Apa Yg Dilakukan Manusia2 Ini Buat Lidah jadi kelu

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Aku Ain. Umur aku 23. Aku dah ada kerja tetap setiap Isnin – Jumaat office hours. Balik pulak kol 5. And aku buat part time malam weekdays and sometimes weekend. Kerja part time aku? CLEANER.

Yup. aku kerja part time cleaner dgn satu company yg based dekat Bangsar. Dia guna app mcm Uber or Grab tu. Sama je function dia. Bila keluar job, rasa aku free time tu, aku accept la. Sampai masa, pergi la menonong ke rumah customer.

Customer? Macam2 ragam ada. SUMPAH aku mula2 terkejut bila buat kerja ni. Sekarang kan famous dekat fb viral sana sini pasal rumah sewa org dduk, and then sepah gila kan. Aku tak dek la smpai tahap mcm tu, tpi boleh tahan la dia punya kotor.

Sometimes kalau pergi rumah customer ni, ada yg rumah anak2 dara, yg dh kahwin, bujang. But yg paling aku rasa malas sekali nk buat, kalau rumah tu rumah anak2 dara ni. Yang dduk 3-5 orang satu rumah tu. NI kisah rumah first aku pergi yg diduduki oleh anak2 dara ni. First aku sampai je, aku tgok kt luar rumah dah nmpak dh bayang2 dalam rumah tu mcm mana. Dekat bahagian depan rumah je dah penuh dengan besi2, barang mcm2, dengan kasut bersepah (eventhough ada rak kasut), hitamnya lantai tu tak payah cakap. Okay takpe. Muka cool lagi. Still hoping dalam rumah lain la keadaannya. Dan kebenaran terserlah.

And masuk je aku dalam rumah, mata aku melilar sne sni tgok keadaan rumah yg sama je mcm kt luar rumah. Habuk? Kau tak payah cakap. Aku ni kaki hiking, selalu hope kalau hiking pagi2 nak tngok awan karpet. Masuk rumah ni, aku nampak habuk karpet. Tak payah datang dekat dgn kabinet dia pon kau boleh nmpak habuk tu dengan berjaya beranak pinak buat kampung dekat situ. Ruang tamu dia bersepah brg sana sini. Dekat situ la ade meja, atas meja ade kertas, atas kertas ada air kotak yg dh bukak yg tak tau la bape lama dh dduk kt situ. Pndang belah kiri lak, wowww.. brg2 nk kahwin.. Banyaknya.. Sepahnya.. Tu je aku pikir.

Nk ke dapur lalu tempat penuh kotak2, kasut2.. Kasut lagi.. Perempuan.. hahaha.. aku pon perempuan, so geng.. tapi kasut aku dalam rak kasut, bukan untuk display mcm kt kedai tu.. dah la berhabuk penuh.. Ayat customer tu, nk suruh aku bersihkan dapur, ruang tamu and bahagian luar rumah.. okay, start dgn dapur.. Dapur besar ya amat, rumah 2 tingkat kan. Katanya nk suruh bersihkan kabinet.. Okay, mula. Bukak pintu kabinet. Ya Allah, bau kencing tikus. Taik lipas. Beras berterabur. Spider web. Bekas tupperware sepah sana sni. Aku terus bangun ambik sarung tangan.

Sebelum ni, rumah customer mana pon, tak pernah aku pakai sarung tngan, first time aku pakai srung tngan kt rumah ladies2 ni. Hebat,Satu2 kabinet aku bukak, satu2 aku kemas. Setiap kabinet tak pernah menghampakan. Bau kencing tikus menyengat. Satu kabinet penuh tupperware.

BIla ditanya nk buang ke tak, Eh, jangan.. NANTI NAK GUNA katanya. Yelah kak. Saya ikut je. 2nd cabinet, ada satu beg beras 10 kg. Tak bukak pon lgi. Tapi kena buang? Why? Sebab penuh kutu beras yg warna hitam tu. Bocor sana sni kena gigit dek tikus tak payah cakap. 3rd one lagi best, ada bnyak brg2 nk masak mcm tepung la, pasta la, spaghetti la, canned food.

Yang tak best dia, expiry date TAHUN 2015. 2 tahun lepas. Dah expired. 2 tahun lepas punya brang. Bila nk dibuang, kena tanya lagi kenapa awak buang? Oh kak, dah expired. Dia tak percaya. Sumpah dia tak percaya. Dia ambik balik yg aku dh buang tu, check balik. Baru dia macam oh, expired.

Me dalam hati, WTH tapi muka kena senyum (FAKED SMILE). Barang bnyak, botol2 sos sana sini, tpi berterabur letak. Tempat masak berminyak tak payah cakap. Kau boleh lap balik and then perah pastu guna balik minyak tu. Singki mmg puas aku sental nk hilangkan kotoran2 degil mengunakan Mr Muscle (Nasib baik dia ada, senang kerja.. okay, advertise kejap)Then kita main mop2 lak.. Aku mop 4 kali dia punya lantai dapur. Aku training dulu diajar 2 kali je dh ckup, takpe, aku doublekan. Air dalam baldi hitam masa mop mcm air kopi.

Then toilet. Sapa yg tngah makan, tolong la stop. Muntah korang nnti. Dalam toilet ada selipar, tapi selipar tu aku tak tau colour dia merah ke hitam. Sebab tengah2 hitam, tepi merah. Misteri. Singki toilet tak leh guna. Paip rosak. Jamban flush tak leh guna gak. Rosak. Best tau toilet dia, ada pasir. Macam dekat pantai2 gitu. First time aku tgok dalam toilet ada pasir. Jamban berkarat, berkerak tak payah cakap. Lantai hitam pon sama. Ni toilet dekat tingkat bawah. Aku tak kuat nk tgok toilet dkt tingkat atas. Dekat tepi2 jamban tu, macam peta aku tngok. Kotor dia penuh warna coklat2 sana sni. Aku balik lepas habis kerja ni, terus mandi. Jadi geli satu badan bila teringat.

Dekat luar rumah dia macam ada satu stack besi2. Dia suruh aku angkat bersihkan. Aku cakap no. Why no? Sebab polisi kiteorg just boleh bersihkan kawasan dalam rumah sahaja, luar rumah mcm belakang rumah, depan rumah, parking ke, veranda ke tak boleh. That one ada pakej lain. Dia marah aku weh. Aku dh cakap awal2 dah tak boleh bersihkan luar rumah. Kalau dia bayar aku lebih pon aku tak nak. Sebab kt stack besi2 tu kau boleh jelas giler nampak taik burung, taik lipas, taik segala taik.

Memang tak la aku nk bersihkan. Kot karang dapat penyakit tak pasal. Dia sendiri cakap tu taik2 lipas, tikus smua tu. Dieorg geli nak buat, tu dieorg pnggil cleaner. So, aku angkat kaki. Masa pon dah cukup 4 jam. So aku pon mengundurkan diri even dieorg marah aku. But aku terus call manager ceritakan apa yg terjadi, and manager aku pon cakap mmg aku tak payah bersihkan belakang rumah tu. Memang tak termasuk dalam pakej. Aku lega. Tapi haram, dibaginya aku rating 1 daripada 10. Hahahaha.. kacau rosak rating aku daripada 10/10. Jatuh terus time tu.

Just aku nak cakap kepada customer yg upah kteorg ni, mmg la korang byr kiteorg bersihkan rumah korang. But at least, considerate la sikit. Bukan semua yang buat kerja ni sebab suka, ada yg buat sebab terpaksa nk carik duit lebih. Sapa je yg suka pergi rumah orang tak kenal sana sini, then bersihkan jamban dieorg.

Aku dulu pon start sebab aku nk carik duit lebih utk operation jantung ayah aku. Memang duit gaji bulan2 ada, tapi aku bukan gaji yg ribu riban tu. Tapi Allah syg ayah aku lebih, tak dan aku nk kmpul duit cukup, Allah dh jemput ayah aku menghadap Dia dlu masa 4 Ramadhan hari tu. (p/s – ain syg abah). Tapi smpai sekarang aku still buat kerja ni. Sebab aku suka kenal dgn org, sembang2.

 

Ada customer yg baik, siap buatkan air, bagi roti makan, baru2 ni ada auntie bagi aku daging korban (thank you auntie, sedap daging tu). Sometimes ada customer just sruh vacuum dgn mop lantai dia je, ni aku suka. Kerja senang. Tak bnyak songeh. Kita bgi extra sikit, lap tingkap ke, bersih dapur dia sikit2 even dia sruh buat yg tu je. Dieorg happy, aku pon happy. Ade yg dduk sndri, aku buat kerja ajak menyembang. Katanya dia bosan dduk sorang2, aku dtg ni boleh la buat kawan sembang2. Takpe, aku layan. Sembang2 pon tangan aku jalan gak buat kerja.

And yg kt luar sana, tak kira la anak dara, teruna ke, apa ke. Tolong la jaga kebersihan rumah. Rumah tu tempat kau dduk tiap2 hari. Kau balik kerja, kau tgok rumah bersih, hati pon bnyak senang. And kalau tempat kau nk melabur bersih je, happy lancar je kau nk melabur kan. Ini cuba kotor yg amat, nk melabur pon pikir 80 kali.

Banyak rumah bujang2 aku pergi, sumpah cantik org dia. Nk keluar jalan ni, cntik weh. Make up perfect, flawless kau kak. Tapi bilik? Kalau arwah abah aku tgok, mau kau time2 tu jgak kena sinsing lengan baju dengan seluar gotong royong sampai bersih. Hilang flawless kau. Akhir kata, jagalah kebersihan ye. Assalamualaikum.

Sumber : Ain via Erabarus


Lagi Heboh

Loading...