Bidas Bantuan Bilal Terhadap Non-Muslim. Ini Komen Dr Maza Yang Lebih MENGEJUTKAN Lagi

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Baru-baru ni heboh ada seorang ustaz membidas tindakan seorang bilal masjid yang membantu mangsa banjir non-muslim di Pulau Pinang. Terkini, ini pula komen Dr Maza, Mufti Perlis yang lebih mengejutkan lagi. Baca dan kongsikan.

ISLAM ITU RAHMAT SEMUA ALAM

Kita patut mengucapkan terima kasih kepada pihak masjid dan surau yang membuka ruangan mereka untuk mangsa banjir dan bencana. Ini kerana mereka telah memberikan mesej yang baik mengenai Islam buat pihak lain.

Islam itu rahmatan lil ‘alamin iaitu rahmat untuk semua alam. Ia rahmat untuk muslim, non-muslim, haiwan, tumbuhan dan selainnya. Mesej rahmat ini mesti dizahirkan terutama ketika manusia dalam kesusahan dan bencana.
ILMU FEQAH YANG SEMPIT
Apa yang menghairankan apabila ada yang memakai gelaran agama tetapi gagal memahami Islam sebagai agama rahmat. Orang seperti ini boleh mempertikaikan non-muslim yang diberikan pertolongan ketika bencana dengan beralaskan kefahaman fekahnya yang sempit.

Namun yang lebih menghairankan apabila ada pihak berkuasa yang selama ini menggunakan orang seperti ini untuk kononnya memulihkan kelompok pengganas dan ekstrimis yang dipenjara.

Persoalan kita , bolehkah ‘pelampau’ memulihkan pemikiran pelampau?! Ini bukan kali pertama beliau menzahirkan pemikiran pelampaunya.

Tidak cukup mengkafirkan sesama muslim selama ini, diheret pula non-muslim ke dalam kancak ekstremisme beliau. Pihak berkuasa wajar menilai semula hal ini dengan serius.

Sumber : FB Dr Maza

Penolong Berkeras Pertahan Ustaz Zamihan. Ini Jawapan Netizen Buat Dia Terus TERDIAM

Penolong berkeras pertahan komen Ustaz Zamihan tentang isu bilal tolong non-muslim yang mengatakan kenyataannya telah diputar belit oleh mufti dan netizen. Komen2 dari netizen di Pulau Pinang terus buat dia terdiam kelu. Allahu. Jom baca dan kongsikan.
LUAHAN PENOLONG (ADMIN) PAGE USTAZ ZAMIHAN DI FB
Aku bukan nak back-up Ustaz Zamihan tapi oleh kerana Wahabi pandai nak Spin perkataan Ustaz Zamihan dan bagi mind set kepada orang awam kononya Ustaz Zamihan extremist. Mungkin juga Wahabi nak Spin sebab dendam peribadi barangkali?

 

Sebenarnya Ustaz Zamihan tak larang pun Non Muslim masuk ke dalam surau untuk berlindung tetapi mestilah menjaga kesucian surau dan ruangan solat. Kalau nak faham apa yang Ustaz Zamihan sampaikan kenalah di pecahkan beberapa perkataan Ustaz Zamihan dibawah ini.
PENERANGAN MAKSUD SEBENAR KATA-KATA USTAZ SEBELUM NI
1) – ” SITUASI gambar di atas tidak sepatutnya berlaku (Rujuk gambar di bawah) “

Apakah situasi yang tidak sepatutnya berlaku berdasarkan gambar di bawah ini [Gambar Non Muslim di dalam ruangan solat surau]? Sila rujuk gambar di bawah.

* Lelaki NON muslim tanpa memakai baju di dalam ruangan solat surau.

* Wanita Non Muslim berseluar pendek membuka aurat didalam ruangan solat surau.

* Lelaki NON Muslim sedang berbaring@tidur di ruangan solat surau tanpa menggunakan alas atau lapik.

Inilah 3 Situasi yang tak sepatutnya berlaku.

2) – ” ia tidak boleh dikategorikan sebagai DHARURAT kerana masih ada IKHTIHAR LAIN “

* Berkemungkinan belum dalam keadaan DARHURAT kerana, Non Muslim masih ada tempat lain untuk berlindung selain di dalam ruangan solat surau di tempat kejadian. Sekali lagi SELAIN DIDALAM RUANG SOLAT!. Seperti ruang beranda surau, dewan dan tempat lain selain didalam ruang solat.

* Mungkin juga oleh kerana paras air naik pada waktu itu di kata kan sampai paras dada dan ditambah lagi arus sangat deras sehingga memaksa Non Muslim berlindung di dalam Surau. Ini tidak lah bermakna memboleh kita mengabaikan kesucian tempat ibadat DI RUANGAN SOLAT.

* Seperti yang di beritahu oleh pengerusi Surau bahawa Surau pada ketika itu tidak mempunyai pakaian cuma hanya ada ” kain pelikat, Kain Telekung dan Kain ihram”.

* Ini bermaksud masih ada ” IKHTIHAR LAIN ” bagi Non Muslim untuk menjaga kesucian atau menjaga adap dalam ruangan solat surau tersebut walaupun Non Muslim berlindung di dalam Surau. Cuba lihat anak Panah (Berwarna Merah) di dalam gambar di bawah ini dapat dilihat ada kain telekung untuk menutup aurat, kain ihram untuk menutup badan atau kain pelikat untuk di jadikan alas tempat tidur.

3)- ” Pihak pengurusan masjid/surau juga perlu mengingatkan mereka [Non Muslim] dengan adap dan syarat bagi menjaga kesucian masjid “
* Ustaz Zamihan hanya menegur Pengurusan Surau di tempat kejadian supaya memberi peringatan kepada Non Muslim yang berlindung didalam surau untuk menjaga adap dan syarat kesucian surau apatah lagi mereka berada di ruangan solat.

* TIDAK ADA ! sekali lagi TIDAK ADA!! Takde pun perkataan Ustaz Zamihan yang menyuruh atau bertegas kepada Pihak Pengurusan Surau itu supaya melarang Non Muslim berlindung di dalam Surau.
KOMEN BALAS NETIZEN DARI PULAU PINANG PADA STATUS TU
*Berapa bilangan kain pelekat dan telekung dan ihram yang ada dalam surau tu admin? Berapa ramai mangsa banjir yang menumpang dalam surau tu?

*Kenapa tak boleh berada dalam ruang solat? Kenapa faktor cuaca dan keadaan luar tak diambil kira untuk menjamin keselamatan mangsa banjir?

*Sejak bila non muslim jadi najis sehingga boleh mencemarkan kesucian masjid? Kenajisan non muslim hanyalah pada akidahnya, bukan tubuhnya secara fizikal.

*Adab? Mereka (non muslim) datang ke surau itu sebab dipanggil oleh pihak pengurusan surau itu sendiri dan mereka sedang dalam musibah bencana alam. Mereka bukan mai buat onar pun. Kot la bawa tokong masuk surau lepastu sembah.

*Mereka ni pun takda persediaan nak hadap musibah banjir ni. Waktu tengah tidur air naik mendadak, dah tak sempat nak bawa bantal peluk, bantal busuk, tilam, baju 1 beg macam nak g camping tu. Sehelai sepinggang yang ada je la sheikh.

*Aku tidur malam pakai boxer je, kalau kena musibah macam ni memang beboxer je la dalam surau untuk selamatkan diri. Kalau ada rezeki dapat kain pelekat dari surau la. Kalau semua orang dah guna dan basah takkan nak balut dengan karpet surau? Tak pun lansir surau boleh jadi jubah moden.


LAGI KOMEN NETIZEN PULAU PINANG

NI STATUS PENOLONG USTAZ ZAMIHAN

Sumber : FB Ustaz Zamihan

 


Lagi Heboh

Loading...