Ada Mikrofon Ke Dalam Seluar tu? – Gambar Ismail Izzani Kini Jadi Bualan ‘Nakal’ Di Media Sosial

Bermula dengan lagu Sabar, kini penyanyi remaja Ismail Izzani semakin mendapat tempat dan dikenali ramai oleh peminat industri seni tanah air.

Namun selepas berlaku isu dakwaan curang dengan seorang model hijabista, tiba-tiba namanya kembali hangat menerusi sekeping gambar mengenai dirinya yang menjadi perbualan netizen.

Terbaru, penyanyi berusia 18 tahun itu telah memuat naik gambar bersama penyanyi Alif selepas melakukan persembahan di program hiburan, Melodi pada ahad lalu.

Walau bagaimanapun, gambar tersebut menjadi perhatian ramai orang kerana terdapat segelintar yang mengatakan ianya kelihatan seperti bentuk alat sulitnya.

Mikrofon ke tu?

“Ada mikrofon ke dalam seluar tu?…” – Gambar Ismail Izzani jadi bualan 'nakal'  di media sosial

“Ada mikrofon ke dalam seluar tu?…” – Gambar Ismail Izzani jadi bualan 'nakal'  di media sosial

“Ada mikrofon ke dalam seluar tu?…” – Gambar Ismail Izzani jadi bualan 'nakal'  di media sosial

Seluar ketat sangat kot?

“Ada mikrofon ke dalam seluar tu?…” – Gambar Ismail Izzani jadi bualan 'nakal'  di media sosial

Tak salah nampak ke?

“Ada mikrofon ke dalam seluar tu?…” – Gambar Ismail Izzani jadi bualan 'nakal'  di media sosial

Bukan itu sahaja, gambar berkenaan juga turut menjadi bualan hangat warga Twitter yang cuba merungkai objek yang terdapat pada ‘sweatpants’ yang dipakainya.

Mungkin kesejukan?
“Ada mikrofon ke dalam seluar tu?…” – Gambar Ismail Izzani jadi bualan 'nakal'  di media sosial

‘Phone’ kot dalam poket?

“Ada mikrofon ke dalam seluar tu?…” – Gambar Ismail Izzani jadi bualan 'nakal'  di media sosial

Sumber : Ismail Izzani via ohmymedia

Ismail Izzani Mohon Maaf Secara Terbuka 6 Kali Berlaku Curang

“Ada mikrofon ke dalam seluar tu?…” – Gambar Ismail Izzani jadi bualan 'nakal'  di media sosial

Ismail Izzani menjadi sasaran peminat apabila model hijabista, Sharifah Rose mendakwa remaja itu bersikap curang terhadapnya sebanyak enam kali.

PENYANYI Ismail Izzani tampil membuat permohonan maaf kepada peminatnya di Twitter pada malam Isnin selepas model hijabista, Sharifah Rose mendakwa remaja itu bersikap curang terhadapnya sebanyak enam kali.

Ismail, 18, memberitahu dia mengakui kesemua kesalahannya selain menyesal menyakiti hati teman wanitanya. Malah apa dilakukan adalah kerana dia tidak berfikir dengan baik.

“Saya tidak salahkan sesiapa. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri.

“Saya mengakui semua kesalahan saya dan saya merendah diri meminta maaf. Terima kasih Allah kerana menyedarkan saya dan kepada semua terima kasih atas nasihat dan sokongan.

 

“Ada mikrofon ke dalam seluar tu?…” – Gambar Ismail Izzani jadi bualan 'nakal'  di media sosialIsmail mahu fokus kepada karier seni selepas ini. 

Sila bantu saya menjadi seorang yang lebih baik apabila saya gagal berbuat demikian,” katanya.

Pendedahan wanita itu mengenai sikap Ismail telah menyebabkan penyanyi lagu Luar Biasa ini menjadi sasaran peminat terutamanya wanita yang berang dengan sikapnya itu.

Dalam pada itu, Ismail meminta maaf terhadap teman wanitanya kerana telah melukakan hatinya gara-gara sikap ego yang menyebabkan berlakunya masalah.

“Tentang hubungan saya sebelum ini, saya percaya semua orang ada buat kesalahan dalam hidup mereka dan begitu juga saya.

“Ada mikrofon ke dalam seluar tu?…” – Gambar Ismail Izzani jadi bualan 'nakal'  di media sosialIsmail membuat kenyataan di Twitternya berhubung dakwaan bersikap curang.

“Apa yang kami miliki sebelum ini adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan yang akan saya kenang sampai bila-bila.

Saya minta maaf kerana melukakan hati anda dengan sikap ego saya yang membunuh perhubungan kita dan anda sepatutnya menerima lebih baik lagi,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta kerana usianya yang masih muda dan memilih untuk fokus kepada karier seninya selepas ini.

Malah Ismail meminta peminat memaafkannya namun tidak menghalang sekiranya ada pihak ingin terus bercakap buruk tentangnya.

“Ada mikrofon ke dalam seluar tu?…” – Gambar Ismail Izzani jadi bualan 'nakal'  di media sosialSabrina memaafkan Ismail dan berharap dia menjadi insan lebih baik.

“Maafkan atas semua dosa saya, kepada semua yang tetap nak cakapa buruk pasal saya teruskan, saya tak akan halang. Saya ada alasan tersendiri dan percaya, lebih baik begini,” tulisnya lagi.

Sabrina menerusi Twitter pula meminta netizen menghentikan spekulasi mengenai mereka selain telah memaafkan perbuatan Ismail terhadapnya.

“Saya harap ini menjadi pengajaran dan peluang untuk berubah. Saya sentiasa melihat sisi baik tentang diri anda.

“Bersama anda adalah saat terbaik dan terburuk tetapi kita bukan dijadikan untuk bersama. Saya maafkan awak,” tulisnya.