8 Cara Sejukkan Badan & Rumah! Tak Perlu AirCond Mahal, Yang Nombor 2 Tu Paling Ramai Buat!

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Apabila musim kemarau dan panas membahang seluruh ruang dalam rumah sehingga berpeluh dibuatnya, kita pasti teringatkan penghawa dingin, kalaulah ada air cond mesti best. Tapi dek kerana kekurangan duit, aircond itu harus dilupakan dulu.

aircond buatan sendiri© YouTube

Sebenarnya, ada cara bagaimana untuk sejukkan badan dan rumah walaupun tiada air-cond. Bagi yang berpendapatan rendah, untuk membeli alat aircond sememangnya tidak mampu. Tapi, kini sesiapa sahaja boleh menyejukkan suasana rumah seperti alat penghawa dingin dengan cara yang sangat mudah.
Cara Buat AirCond Sendiri Di Rumah
1. Minimakan Haba

kipas sejuk macam aircond© Viral

Anda harus memastikan menutup semua peralatan dan perkakasan yang mempunyai haba seperti lampu, komputer, televisyen dan sebagainya.

2. Buat Air-Cond Sendiri

cara buat aircond sendiri© Fan and conditioner

Anda perlu bekukan air yang diisi ke dalam botol selama semalaman. Kemudiannya, letakkan ais tersebut di atas lantai di bawah kipas siling atau letakkan ais tersebut yang dibekukan dalam botol itu tadi di belakang kipas meja atau kipas yang berkaki. Untuk mengekalkan kebekuan ais di dalam botol, anda harus menabur sedikit garam di atasnya.

3. Mengubah Tempat Tidur

cara sejukkan rumah© Viral

Anda harus mengubah tempat tidur seperti tinggalkan tilam sebentar dan berbaring di atas lantai beberapa minit agar haba kepanasan itu hilang.

4. Masukkan Selimut dan Bantal Dalam Peti Ais

kipas sejuk macam aircond© List Inspired

Lipatkan semua itu menjadi kecil sekecilnya dan masukkan ke dalam plastik. Anda disarankan menggunakan sarung bantal atau cadar yang diperbuat daripada satin atau sutera.

5. Basahkan Sapu Tangan dan Letakkan di Belakang Leher

air cooler murah malaysia© Telegraph

Mungkin ada yang belum tahu bahawa leher mempunyai sensor untuk mengawal suhu badan. Jadi, sekiranya leher anda sejuk secara automatik keseluruhan badan anda akan menjadi sejuk selepas itu.

6. Kipas Perlu Diletakkan Berhampiran Dengan Tingkap

petua hilangkan panas dalam badan© Vix

Dengang menggunakan cara ini, membolehkan udara panas yang telah dikumpulkan di dalam bilik tidur atau ruang tertentu akan dikeluarkan segera. Sekiranya anda mempunyai banyak kipas adalah lebih bagus kerana proses pembuangan haba menjadi dengan lebih cepat.

7. Gunakan Humidier atau Pelembap Udara

aircond murah© Vix

Alat ini tidaklah semahal alat penghawa dingin, tetapi penggunaan alat ini akan membantu menambahkan kelembapan udara.

8. Letakkan Sebekas Ais Di Hadapan Kipas Angin

aircond murah dan jimat elektrik© Fan and conditioner

Ais yang diletakkan di depan kipas dipercayai mampu bertahan sehingga dua ke tiga jam yang akan membantu menyejukkan badan dan ruang di mana ais tersebut diletakkan.

Berikutnya rakaman video cara-cara untuk membuat air cond di rumah dengan cara yang murah dan mudah.

Cara ini sememangnya sangat praktikal dan didapati sangat berkesan selepas beberapa percubaan yang telah dilakukan yang turut dikongsikan di laman. Anda harus mencuba tips terlebih dahulu dan rasaikan sendiri perubahan tersebut selepas ianya dilakukan.

Selamat mencuba!

Kredit: https://mediamaklumat.com/8-cara-sejukkan-badan-rumah-tak-perlu-aircond-mahal-yang-nombor-2-tu-paling-ramai-buat/


Lagi Heboh

Loading...